Lembaga Jurutera Malaysia (Lembaga) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Pendaftaran Jurutera 1967. Fungsi-fungsi utama Lembaga adalah mendaftar para Jurutera dan syarikat perunding kejuruteraan dan menentukan serta mengawal tata kelakuan serta etika profesion kejuruteraan.
Mereka yang berhasrat bekerja sebagai jurutera atau menjalankan amalam kejuruteraan diwajibkan berdaftar dengan Lembaga. Menurut Seksyen 24A (1), Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Pindaan 2002) "Tiada seorang pun boleh mengambil bekerja mana-mana orang, pemilik tunggal, syarikat perkongsian atau syarikat pertubuhan perbadanan untuk menjalankan perkhidmatan kejuruteraan professional, selain daripada jurutera berdaftar dan Amalan Kejuruteraan Perunding". Mereka yang gagal mendaftar dengan Lembaga jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu atau dipenjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.
Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web Lembaga di http://www.bem.org.my . Pelbagai maklumat lain seperti tanggungjawab dan etika sebagai jurutera, program pembangunan berterusan dan sebagainya dapat dimanfaatkan oleh para mahasiswa, pensyarah, graduan-graduan dan bakal mahasiswa.
Untuk keterangan lanjut mengenai pendaftaran, sila hubungi Pegawai Penerbitan Lembaga, Puan Nik Kamaliah Nik Abdul Rahman di talian 03-26980590 atau e-mail: bem1@streamyx.com atau bem1@jkr.gov.my
Sekian, Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment